minggu pertama sekolah yang cgt trok!! huh!

Kejatuhan nilai ringgit sejak bulan Julai 1997 yang Ialu telah menjerumuskan Malaysia dalam kancah kegawatanekonomi yang agak teruk. Nilai ringgit yang pada suatu ketika dahulu hanya sekitar RM2.50 bagi setiap AS$1.00 kinimencecah angka RM3.80 bagi setiap AS$1.00. Keadaan sebegini memberikan impak yang buruk kepada ekonominegara. Harga barang semakin meningkat, manakala harga saham semakin menjunam hingga menyebabkanbanyak syarikat yang terpaksa gulung tikar. Sebagai akibatnya, ribuan pekerja menjadi penganggur.
Untuk berdepan dengan situasi begini, pelbagai langkah perlu diambil. Salah satu caranya ialah mengamalkansikap berjimat cermat. Setiap rakyat Malaysia daripada segenap lapisan perlu mempraktikkan amalan berjimat dalamperbelanjaan harian mereka. Jika selama ini sikap terlalu mengagung-agungkan barangan luar negara begitu ketara,kini tibalah masanya mereka memartabatkan barangan buatan tempatan. Dengan kata-kata lain, rakyat Malaysiaperlu mengubah persepsinya terhadap barangan buatan tempatan.
Tak kenal maka tak cinta. Sebenarnya, banyak manfaatnya mengutamakan barangan buatan tempatan ini. Darisegi harga, temyata bahawa barangan buatan tempatan lebih murah jika dibandingkan dengan harga baranganimport. Hal ini dapat dibuktikan dengan harga motosikal buatan tempatan, iaitu Kriss. Harga motosikal tersebut, yangberkuasa kuda 110 ialah sekitar RM4500.00 sebuah. Sebaliknya harga sebuah motosikal buatan Jepun yangmempunyai kuasa kuda yang sama melebihi RM5000.00. Hal ini bermakna bahawa dengan membeli baranganbuatan tempatan, seseorang itu dapat menjimatkan perbelanjaan untuk memiliki barangan yang sama.
Selain harganya murah, kualiti barangan buatan tempatan setanding juga dengan kualiti barangan import, malahada yang lebih baik mutunya sehingga menarik minat pelancong asing dan pelbagai pihak di luar negeri. Barangandaripada kulit, seperti kasut, beg, dompet, dan sebagainya mendapat tempat yang istimewa di hati para pelancongdan para pengimport luar negeri. Kasut Bata keluaran Malaysia, misalnya, pernah mengalahkan kasut buatan negaralain dalam suatu pertandingan kualiti kasut dalam satu pesta antarabangsa di ltali. Lebih daripada itu, Malaysiaadalah antara pengeluar alat pendingin hawa yang terbaik di dunia dan diberikan pengiktirafan oleh banyak badanstandard kualiti antarabangsa. Jika orang luar memandang tinggi terhadap barangan buatan tempatan, sepatutnyarakyat Malaysia lebih menghargai dan mengiktirafnya.
Dengan membeli barangan buatan tempatan, rakyat Malaysia dapat juga membantu perkembangan industrisetempat. Sambutan yang diberikan terhadap sesuatu barangan tempatan akan memungkinkan syarikat tersebutmeluaskan pasarannya sehingga ke luar negeri. Keadaan ini akan meningkatkan kemakmuran negara dan sekali gusakan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia juga. Sambutan yang diberikan terhadap kereta Proton, misalnya,telah memungkinkan pengeluamya memasarkan kenderaan tersebut sehingga ke Britain, Filipina, Singapura, Bruneidan negara-negara lain.
Perkembangan industri tempatan akan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyatsetempat. Apabila barangan buatan tempatan mendapat sambutan, maka pengeluaran atau produktivitnya tentulahmeningkat. Industri akan bertambah maju dan secara tidak langsung keadaan ini akan mengurangkan kadarpengangguran yang dihadapi negara. Sedikit banyak perkembangan ini dapat mengurangkan masalah sosial yangberpunca daripada masalah pengangguran. Di samping itu, perkembangan yang sihat ini dapat juga membanturakyat Malaysia menikmati pelbagai prasarana yang diperlukan.
Manfaat yang lebih penting daripada amalan membeli barangan buatan tempatan, khususnya dalam keadaanekonomi yang muram sekarang, ialah tindakan itu dapat membantu negara mengurangkan kesan kegawatanekonomi. Hal ini demikian kerana, amalan ini dapat menyekat pengaliran keluar mata wang tempatan danmengurangkan import. Sebagai hasilnya, nilai ringgit dapat distabilkan daripada kedudukannya sekarang.
Dengan nilai ringgit yang rendah, harga barangan import sekarang secara relatif menjadi lebih mahal daripadaharganya dahulu. Keadaan tersebut sudah tentulah meningkatkan perbelanjaan harian rakyat Malaysia. Untukberdepan dengan situasi itu, alternatif yang terbaik yang sepatutnya diamalkan oleh rakyat Malaysia sejak dahulu lagiialah memberikan sokongan terhadap barangan tempatan. Berikanlah kerjasama terhadap kempen Belilah BaranganBuatan Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan bagi mengurangkan kesan kegawatan ekonomi yang melandanegara. Barangan buatan Malaysia kebanggaan kita bersama.

hurm, hye sume, darh lmew x post kn?
hmm..besew lar jdwk candidate spm ny, 
mk aii!! keje, glewr babeng byk! 
huh!sumpah! nk matiw!
hye...ny sume cegu asmah@semah tu lar pnye pcl,
 ngehek! huh! kejew kowla tlah dbkalkan dgn kadar mksimum,
ttapi, ctiw hjung mggu hnyalah pd kdar MINIMUM,
 oh! sket jiwa satu kelz!
 hurm, ary rbuw ary tu,1kelz knew ROTAN, huhu, gara2, 
TAK CIAP hw yg dy bg ctiw ary tu, haha, 
actually, ktowg memg darh 
pkat pown stuw kelz xnk bwat, haha, huhu, tup..tup..
nah hamek kau, berbirat tgn msing2, haha, 
hamek kau, 15 sebatan. haha,
 dy pnye mmbebel ma aii..
klah PN.MASTURA yg kat uma uw mmbebel beb,
haha, anyway, TIME KSEH BYK2 CEGU,
 huh, xkn lpew 
HADIAH TAOWN BWUW 2011 yg bgitu brmakna..
Pink Scribble Hearthaha, ukeyh lar, dadaa...

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers