hamek kau!

ok,assalamualaikum, di petang yang indah lagi permai ini, saya, ingin menyusun kata membuka cerita mengenai kejadian yang sangat menyakitkan menimpa KAMI, diulangi KAMI, ok, so mean..semua murid 5 sains 1, ok? ahaa..rujuk peristiwa di bawah:


12.20 tengahari
isnin
03-10-2011
seorang wanita berbaju kurung merah berjalan mendekati kelas kami, membawa sebatang rotan di tangan bersama dua plastik yang dipenuhi kertas, sudah dapat dijangka, kertas yang  dibawa dengan penuh berhati-hati oleh wanita tinggi itu adalah kertas jawapan bagi subjek ******dengan muka yang kemerahan akibat daripada bahang menanda kertas jawapan yang dijawab dengan penuh SEMANGAT oleh murid-murid kesayangannya, kata-kata aluan disusun dengan penuh sopan bersama mukadimah yang sangat menikam kalbu dan menusuk masuk terus ke jantung, *bak kata orang panahan asmara, tapi ni bukan panahan asmara,ni panahan oktober!  ok then, teros nama seorang demi seorang dipanggil, ke hadapan kelas, menuai hasil yang diperolehi, ada yang hampa melihat hasil yang dituai, tidak kurang juga ada yang tersenyum segaris, namun amaran 'tsunami' akan melanda telah diisytiharkan sejak tadi, gunung berapi yang menggelegak sejak dari tadi mula kelihatan untuk meletus and then! arahan menyelamatkan diri telah dikeluarkan namun, tiada siapa yang selamat, hanya kedengaran keluh kesah yang keluar dari mulut setiap daripada mereka apabila markah yang diperolehi perlu ditolak dengan jumlah sebenar. mendorong ke arah jumlah keseluruhan untuk AKTIVITI KETUKKETAMPI yang dijalankan secara BERJEMAAH, dan lihatlah keadaan selepas aktiviti kekeluargaan tersebut dijalankan.....
berchenta lar weyh nk habiskan ketuk ketampi tu! boleh putus fius!
ahaa..terbaik dari ladang kan? feuh! mujur dibahagi tiga, aktiviti disambung mengikut hari, yess! kemudian keluar lagi perkataan yang dijangkakan membunuh, namun menggembirakan apabila wanita berbaju merah itu menyatakan bahawa penambahan markah akan berlaku dan akan ada perubahan pada markah penuh subjek itu, gembira bukan kepalang! yess! harapan yang berkecai seribu tadi ,dipungut kembali, dicantumkan semula lalu disimpan di dalam peti, dengan harapan yang tinggi berharap supaya ada sinar kejayaan disitu.. insyaallah..


kata hati: sungguh sakit kaki ini bahana yang diterima akibat daripada kedegilan dan kemalasan, hamek kau! semoga ada sinar LULUS di ditu meskipun agak malap, akan cuba dicerahkan.. psst! hiperbola je lebih! hehe


No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers