pandangan itu

assalamualaikum..nampak tak tajuk kat atas tu? ahaa..nk tulis pasal tu la, ape? tak tau pandangan tu ape? pandangan tu macam gambar kat bawah ni..


haa..tula makna pandangan, tapi hari ni, aku bukan nak tulis pasal definisi pandangan, tapi nak keluarkan luahan hati ni..hmm..sejak kebelakangan ni, aku dihantui oleh dua pandangan yang aku sendiri pon tak tau apa maksud disebalik pandangan yang dilemparkan oleh sepasang mata itu..

pandangan mata pertama(keliru)

aku melihat pandangan ini dalam sepasang mata kepunyaan seseorang. aku kurang pasti mengenai pandangan itu,seringkali pandangan mata kami bertaut, namun, yang aku cuba klasifikasikan, pandangan tersebut hanyalah ppandangan yang menunjukkan tuan punya mata itu keliru dengan aku. setiap kali aku pandang ke arah mata itu, setiap kali itu juga, mata itu akan memandangku kembali. tetapi dengan penuh tanda tanya. mata itu seolah2 dapat menangkap dua pasang mata yang sedang melihat ke arahnya. aku yang mencari makna yang tersirat memandang terus ke arah mata itu, ingin mencari sesuatu dari dalam mata itu, tapi yang hanya ku temui, hanyalah satu pandangan yang MENGELIRUKAN dirinya, dan diriku..


pandangan mata kedua (bermakna)


pandangan mata yang kedua ini juga sangat memeningkanku, aku tidak pasti, mengapa setiap kali aku melihat ke arah mata itu, aku dapat merasakan sesuatu yang bermakna, sesuatu yang kau cuba sorokkan daripada aku, aku takut untuk melihat ke arah mata itu lagi, mata yang seolah2 memberiku harapan, namun aku tidak mengerti, mata yang seolah2 menyimpan sesuatu terhadap aku, namun, aku tidak pasti, mata kau sangat berbahaya, setiap kali aku keseorangan, aku dapat merasakan ada mata yang melihat ke arah ku, dan setiap kali itu juga, aku dapat melihat, seolah2 mata kau mahu meluahkan sesuatu, hmm, mungkin aku tidak patut tahu, sebaiknya kau simpan sahaja makna di sebalik pandangan mata kau itu..aku tidak mahu tau apa makna di sebalik pandangan kau itu..
copyright: NADISYA




kata hati: pandangan mata pertama, pandangan yang ingin ku fahami,tetapi, pandangan mata kedua, seolah2 sedang membunuhku dalam diam..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers