cinta = pelajaran??

kehidupan tidak sempurna tanpa CINTA,
namun, tiada fakta yang mengatakan
bahawa hidup akan sempurna dengan cinta
kehidupan juga akan malap tanpa pelajaran hidup
dan memang ada fakta yang mengatakan
bahawa hidup akan lebih cerah dengan ilmu yang tinggi

CINTA=PELAJARAN?

FIZIK umpama meluahkan rasa cinta
tersangat susah, tersangat payah,
walaupun pelbagai formula telah diaplikasikan..

BIOLOGI umpama cinta
kerana kita sanggup mengkaji
membuat kajian demi kajian

KIMIA pula umpama cinta sejati
pelbagai ion diperlukan
untuk menyatukan dan membentuk ion baru
begitu juga dengan cinta
kita memerlukan pelbagai cara
untuk meraih cinta sejati

MATEMATIK TAMBAHAN pula umpama bergaduh dalam percintaan
sangat memeningkan kepala
namun jika anda dapat menyelesaikannya
barulah anda tahu betapa mudahnya MATEMATIK TAMBAHAN

kesimpulannya, jika anda ingin bercinta,
belajarlah formula FIZIK dahulu
buatlah kajian BIOLOGI dahulu dan satukanlah ion KIMIA dahulu

malah, jika anda bergaduh ketika bercinta dahulu
tanpa belajar MATEMATIK TAMBAHAN
tahukah anda jalan penyelesaiannya??

JADI, CINTA + PELAJARAN=MASA DEPAN YANG CERAH..

copyright:odyssey MJSC MERSING    

kata hati: jangan ingat bercinta tu senang!

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers