suka minum susu tak?

assalamualaikum..senyum sikit..kerut2 je muka tu nape? hehe, mai sini, baca kebaikan minum susu nak? mesti ramai yang tak suka minum susu, especially budak2 kan? tapi, ada jugak yang dah dewasa yang TAK minum susu..hihi, ok2, malas nak berceloteh panjang, let's read the info below, ok?
*copy paste saja la, almaklumla, saya bukan pakar susu, hehe..


#Pertama. Susu lembu sangat kaya dengan kandungan kalsium yang sangat penting untuk pertumbuhan tulang. Kalsium bergabung dengan fosforus untuk membentuk kalsium fostat yang merupakan bahagian penting dalam hidroksiapatit (memberikan struktur dan kekuatan tulang).

#Kedua. Selain kebaikan kalsium di atas, ia juga membantu dalam melindungi sel-sel usus besar dari bahan-bahan kimia yang memyebabkan kanser. Ia juga boleh mencegah migrain dan mengurangkan gejala PMS (Pre Menstrual Syndrome) untuk wanita.

#Ketiga. Kalsium berguna dalam mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak. Begitu juga dengan orang dewasa yang bermasalah terutama lebihan lemak di bahagian perut.

#Keempat. Kewujudan kalsium di dalam susu lembu menolong pengoksidaan lemak tubuh. Dengan demikian ia mampu menurunkan hormon paratiroid. Ini seterusnya akan mempertahankan hormon ini pada tahap yang lebih rendah.

#Kelima. Kalsium sebenarnya cukup bermanfaat melawan kanser payudara. Ia turut memainkan peranan penting dalam pembekuan darah, kontraksi otot, mengawal tekanan darah dan fungsi mambran sel.

#Keenam. Susu lembu juga mengandungi protien berkualiti tinggi yang tidak perlu dipertikaikan lagi kepentingannya bagi tubuh.

#Ketujuh. Susu lembu juga telah terbukti dapat meembantu melawan gout (merupakan penyebab artritis).

#Kelapan. Antara lain kandungan susu lembu ialah riboflavin (vitamin B2) dan vitamin B12. Kedua jenis vitamin ini berfungsi dalam penghasilan tenaga dan melakukan tugas melindungi sistem kardiovaskular.

#Kesembilan. Kebaikan susu lembu yang terakhir ialah ia mengandungi Vitamin B12, yang mana berperanan penting dalam penghasilan sel darah merah. Ini tentunya boleh mencegah anemia dan membantu pembangunan penuh sel-sel saraf. Selain itu, ia meningkatkan kebolehan sel untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protien.


ok? dah baca? kann? banyak kebaikannya..so, ramai2lah minum susu ye? 
majulah susu untuk semua! hihi

kata hati: actually entry ni specially dedicated to my cousin, dia tak minum susu, so asyik kene nganjeng je la, hehe..

No comments:

Post a Comment